Alhamdulillah, syukur kepada Yang Esa dapat lg melalui penghulu segala hari, jumaat yg penuh barakah ini. Semoga dapat kita terus istiqomah dalam mengharungi mehnah yg mdatang dan dpt memperbanyakan amal kebaikan dgn penuh keikhlasan dalam kembara ini sebagai bekalan di negeri yg abadi nanti.
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur."(Surah An-Nahl ayat 78)
Apa itu syukur
syukur adalah ucapan, perbuatan, dan sikap terima kasih atau alhamdulillah yakni pujian. Dalam ilmu tasawuf syukur adalah ucapan, sikap dan perbuatan terima kasih kepada Allah SWT dan pengakuan yang tulus atas nikmat dan kurnia yang diberikan-Nya.
Tidak terhintung nikmat dan kurnia yang diberikan-Nya kepada manusia sejak dari dilahirkan hingga helaan nafas terakhir, setiap detik dilalui tidak pernah dilalaikan sedikitpun nikmat dan kurniaan yang diberikan Yang Maha Esa kepada manusia. Kerana Dialah pemilik Ar-Rahman dan pemilik kesempurnaan Asmaul Husna itu.
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur."(Surah An-Nahl ayat 78)
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."(surah an-Nahl ayat 18)
Menurut Imam al-Ghazali, syukur merupakan salah satu makam (darjat) yang paling tinggi dari sabar, khauf (takut) kepada Allah SWT, dan lain-lain. Adapun kesyukuran itu merupakan makam yang mulia dan pangkat yang tinggi. Sebagaimana firman-Nya
"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata." (Surah An-Nahl ayat 114)
Oleh itu bagaimanakah caranya kita menunjukan tanda syukur kita kepada Yang Maha Pemberi nikmat dan kurniaan kepada kita. Apakah yg dilakukan oleh angota dan pancaindera yg dianugerahkan nikmat dan kurniaan itu kepada kita. Syukur itu dapat dilakukan dengan Hati,Lidah (lisan) dan Angota (Amal perbuatan).
Bersyukur dgn Hati iaitu mengakui dan menyedari sepenuhnya bahawa segala nikmat yang diperolehi berasal dari Allah SWT dan tiada seseorang pun selain Allah SWT yang dapat memberikan nikmat itu. Manakala bersyukur dengan lidah, iaitu mengucapkan secara jelas ungkapan rasa syukur itu dengan kalimah alhamdulillah (segala puji bagi Allah). Bersyukur dengan angota ialah bersyukur dengan amal perbuatan, iaitu mengamalkan anggota tubuh untuk hal-hal yang baik dan memanfaatkan nikmat itu sesuai dengan ajaran agama. Yang dimaksud dengan mengamalkan anggota tubuh ialah menggunakan anggota tubuh itu untuk melakukan hal-hal yang positif dan diredhai Allah SWT, sebagai perwujudan dari rasa syukur tersebut. sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W "Allah senang melihat bekas (bukti) nikmat-Nya dalam penampilan hamba-Nya". (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi)
Menurut Imam Ghazali mensyukuri anggota tubuh yang diberikan Allah SWT meliputi tujuh anggota yang penting, iaitu:
(1) Mata, mensyukuri nikmat ini dengan tidak mempergunakannya untuk melihat hal-hal yang maksiat.
(2) Telinga, digunakan hanya untuk mendengarkan hal-hal yang baik dan tidak mempergunakannya untuk hal-hal yang tidak boleh didengar.
(3) Lidah, dengan banyak mengucapkan zikir, mengucapkan puji-pujian kepada Allah SWT, dan mengungkapkan nikmat-nikmat yang diberikan Tuhan sesuai dengan firman Allah SWT ”Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)”(surah ad-Duha ayat 11)
(4)Tangan, digunakan untuk melakukan kebaikan-kebaikan terutama untuk diri sendiri, mahupun untuk orang lain, dan tidak mempergunakannya untuk melakukan hal-hal yang haram.
(5) Perut, dipakai hanya untuk memakan makanan yang halal/baik dan tidak berlebih-lebihan (mubazir). Makanan itu dimakan sekadar untuk menguatkan tubuh terutama untuk beribadat kepada Allah SWT.
(6) Kemaluan (seksual), untuk dipergunakan di jalan yang diredhai Allah SWT (hanya bagi suami isteri) dan disertai niat memelihara diri dari perbuatan yang haram.
(7) kaki, digunakan untuk berjalan ke tempat-tempat yang baik, seperti ke masjid, naik haji ke Baitullah, mencari rezeki yang halal, dan menolong sesama umat manusia.
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim ayat 7)
Syukur Nabi Sulaiman atas nikmat kurnia yg deberikan untuknya. "Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah." (Surah Lukman Ayat 40)
Oleh itu, sentiasalah bersyukur dengan nikmat kurniaan yg telah dikurniakan-Nya untuk kita dan sentiasa Redha dengan nikmat kurnia yg telah ditakdirkan. Kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segalanya yang terbaik nikmat kurnia untuk kita. Andainya perkara yg tidak menyenangkan dan tidak disukai oleh kita, yakin lah sesungguhnya itu adalah 'jalan-jalan' nikmat dan kurnia untuk kita yg perlu kita syukuri...Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment