Tuesday, April 26, 2011

Bebaskan Diri Daripada Belenggu Sendiri

“Awak takkan faham, awk tak alami bukan dalam situasi ni”
“Teruja tengok dia dah kurus, bila la nak kurus balik ni, nafsu makan makin menjadi2”
“Sy tahu itu salah sy, sy dah cuba untuk berubah tapi sy perlukan masa”

Kita selalu mendengar ayat2 ini, kadang2 kata2 ni turut mempengaruhi kita menjadi lemah dan berfikir negetif. Mengapa perlu berkeadaan demikian sedangkan kt sendiri yg perlu membebaskan diri kita dari belenggu2 itu. Kita yg di anugerahkan akal untuk berfikir dan mempunyai hak untuk memilih untuk diri kita. Mungkin baik untuk kita tetapi tidak untuk orang lain, mungkin jugak tidak baik untuk kita tapi baik untuk orang lain. Pilihan ada pada diri sendiri, bebaskan diri daripada belenggu sendiri, jadilah ‘org yg pentingkan diri’ jangan biarkan diri dibelenggu yg kita ciptakan sendiri. Buatlah sesuatu yg dapat mengembirakan diri sendiri selagi tidak bercangah dengan syariat dan hukum yg ditetapkan.

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” (Surah Ar-Rad Ayat 11)

Bebaskan diri dari belenggu sendiri, mengapa harus takut untuk hadapi hidup ini, bukankah DIA sentiasa ada bersama kita selagi kita masih mengigati-NYA.

“Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat, apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Mujadalah ayat 7)

“Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hadid Ayat 4)

Jangan takut untuk hadapi hidup ini, bebaskan diri dari belenggu sendiri. Carilah ilmu alihkan masalah membelenggu dengan membaca andai itu dapat membahagiakan hati kerana ilmu adalah segala-galanya dalam hidup ini.

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun." (Surah Al-Fatir Ayat 28)

Wednesday, April 20, 2011

Wednesday, April 13, 2011

La Tahzan

"Engkau bersedih atas apa yang dipinjamkan Allah kepadamu kemudian diambilNya kembali darimu, padahal Dia lebih berhak atas pinjaman tersebut daripada kamu"

Ya Allah,
jangan biarkan aku dalam kesedihan setelah Engkau mengambilnya kembali dariku, Ya Rahman gantikan apa yg telah Engkau ambil dan tetapkan hatiku dalam redha dengan Qada-Mu, sesungguhnya aku mengharapkan rahmat di sisi-Mu..


"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada UmmuKitab "Ibu segala suratan"." (Surah Ar-Rad Ayat 39)

DO’A UNTUK KESEDIHAN YANG MENDALAM

“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba- Mu, anak dari hamba-Mu, ubun-ubunku (nasib-ku) ada di tangan-Mu, telah lalu hukum-Mu atasku, adil ketetapan-Mu atasku, aku mohon kepada-Mu dengan perantara semua nama milik-Mu yang Engkau namakan sendiri, atau Engkau turunkan dalam kitab- Mu, atau Engkau ajarkan seseorang dari hamba-Mu,atau Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib disisi-Mu.Jadikanlah Al Qur’an sebagai penawar hatiku, cahaya dalam dadaku, penghapus dukaku dan pengusir keluh kesahku“

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari keluh kesah dan rasa sedih, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat bakhil dan penakut, dari cengkraman utang dan laki-laki yang menindas-(ku)“

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia“.

“Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan,janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau".

Friday, April 8, 2011

Syukur

Alhamdulillah, syukur kepada Yang Esa dapat lg melalui penghulu segala hari, jumaat yg penuh barakah ini. Semoga dapat kita terus istiqomah dalam mengharungi mehnah yg mdatang dan dpt memperbanyakan amal kebaikan dgn penuh keikhlasan dalam kembara ini sebagai bekalan di negeri yg abadi nanti.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur."(Surah An-Nahl ayat 78)

Apa itu syukur

syukur adalah ucapan, perbuatan, dan sikap terima kasih atau alhamdulillah yakni pujian. Dalam ilmu tasawuf syukur adalah ucapan, sikap dan perbuatan terima kasih kepada Allah SWT dan pengakuan yang tulus atas nikmat dan kurnia yang diberikan-Nya.



Tidak terhintung nikmat dan kurnia yang diberikan-Nya kepada manusia sejak dari dilahirkan hingga helaan nafas terakhir, setiap detik dilalui tidak pernah dilalaikan sedikitpun nikmat dan kurniaan yang diberikan Yang Maha Esa kepada manusia. Kerana Dialah pemilik Ar-Rahman dan pemilik kesempurnaan Asmaul Husna itu.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur."(Surah An-Nahl ayat 78)

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."(surah an-Nahl ayat 18)

Menurut Imam al-Ghazali, syukur merupakan salah satu makam (darjat) yang paling tinggi dari sabar, khauf (takut) kepada Allah SWT, dan lain-lain. Adapun kesyukuran itu merupakan makam yang mulia dan pangkat yang tinggi. Sebagaimana firman-Nya
"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata." (Surah An-Nahl ayat 114)

Oleh itu bagaimanakah caranya kita menunjukan tanda syukur kita kepada Yang Maha Pemberi nikmat dan kurniaan kepada kita. Apakah yg dilakukan oleh angota dan pancaindera yg dianugerahkan nikmat dan kurniaan itu kepada kita. Syukur itu dapat dilakukan dengan Hati,Lidah (lisan) dan Angota (Amal perbuatan).



Bersyukur dgn Hati iaitu mengakui dan menyedari sepenuhnya bahawa segala nikmat yang diperolehi berasal dari Allah SWT dan tiada seseorang pun selain Allah SWT yang dapat memberikan nikmat itu. Manakala bersyukur dengan lidah, iaitu mengucapkan secara jelas ungkapan rasa syukur itu dengan kalimah alhamdulillah (segala puji bagi Allah). Bersyukur dengan angota ialah bersyukur dengan amal perbuatan, iaitu mengamalkan anggota tubuh untuk hal-hal yang baik dan memanfaatkan nikmat itu sesuai dengan ajaran agama. Yang dimaksud dengan mengamalkan anggota tubuh ialah menggunakan anggota tubuh itu untuk melakukan hal-hal yang positif dan diredhai Allah SWT, sebagai perwujudan dari rasa syukur tersebut. sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W "Allah senang melihat bekas (bukti) nikmat-Nya dalam penampilan hamba-Nya". (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi)

Menurut Imam Ghazali mensyukuri anggota tubuh yang diberikan Allah SWT meliputi tujuh anggota yang penting, iaitu:
(1) Mata, mensyukuri nikmat ini dengan tidak mempergunakannya untuk melihat hal-hal yang maksiat.
(2) Telinga, digunakan hanya untuk mendengarkan hal-hal yang baik dan tidak mempergunakannya untuk hal-hal yang tidak boleh didengar.
(3) Lidah, dengan banyak mengucapkan zikir, mengucapkan puji-pujian kepada Allah SWT, dan mengungkapkan nikmat-nikmat yang diberikan Tuhan sesuai dengan firman Allah SWT ”Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)”(surah ad-Duha ayat 11)
(4)Tangan, digunakan untuk melakukan kebaikan-kebaikan terutama untuk diri sendiri, mahupun untuk orang lain, dan tidak mempergunakannya untuk melakukan hal-hal yang haram.
(5) Perut, dipakai hanya untuk memakan makanan yang halal/baik dan tidak berlebih-lebihan (mubazir). Makanan itu dimakan sekadar untuk menguatkan tubuh terutama untuk beribadat kepada Allah SWT.
(6) Kemaluan (seksual), untuk dipergunakan di jalan yang diredhai Allah SWT (hanya bagi suami isteri) dan disertai niat memelihara diri dari perbuatan yang haram.
(7) kaki, digunakan untuk berjalan ke tempat-tempat yang baik, seperti ke masjid, naik haji ke Baitullah, mencari rezeki yang halal, dan menolong sesama umat manusia.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim ayat 7)

Syukur Nabi Sulaiman atas nikmat kurnia yg deberikan untuknya. "Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah." (Surah Lukman Ayat 40)

Oleh itu, sentiasalah bersyukur dengan nikmat kurniaan yg telah dikurniakan-Nya untuk kita dan sentiasa Redha dengan nikmat kurnia yg telah ditakdirkan. Kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segalanya yang terbaik nikmat kurnia untuk kita. Andainya perkara yg tidak menyenangkan dan tidak disukai oleh kita, yakin lah sesungguhnya itu adalah 'jalan-jalan' nikmat dan kurnia untuk kita yg perlu kita syukuri...Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.

Thursday, April 7, 2011

Utamakan Redha Allah Dari Redha Manusia

قال معاوية رضي الله عنه لما قال لها: اكتبي إلي كتاباً توصيني فيه ولا تكثري علي. فكتب عائشة رضي الله عنها إلى معاوية: سلام عليك أما بعد فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من التمس رضا الله بسخط الناس كفاه الله مؤنة الناس، ومن التمس رضا الناس بسخط الله وكله الله إلى الناس والسلام عليك. رواه الترمذي

Bermaksud "Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia."

Apa Itu Redha

Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t. Redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua:
-Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
-Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.

Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.

Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.(Redha dengan Qada')

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

-Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

-Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )
-sumber-

Monday, April 4, 2011

Musibah Dunia Ketika Allah Murka

Dokumentari yang patut di tengok, dihayati dan menjadi renungan buat kita bersama yang sentiasa leka dan alpa dengan kehidupan dunia.
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).”-Surah Ar-Rum Ayat 41-



"Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. (33) Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. (34)" -Surah Luqman Ayat 33-34-

Friday, April 1, 2011

April Fool



Rasulullah s.a.w. bersabda “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Rasullullah s.a.w bersabda, "Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia". [HR Abu Daud ]