Friday, February 11, 2011

Aku Sayang Kamu


Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim yg telah tercurah stitik di hati

Aku sayang kamu
Aku tak ingin kerana aku mengheret kamu ke neraka
Aku sayang kamu
Aku tak ingin kerana aku menjauhkan kamu dengan DIA
Aku sayang kamu
Aku tak ingin kerana aku melalaikan kamu dengan angan2 entah kemana

Aku sayang kamu
Walau kita berjauhan
Walau mata kita tidak bertentangan
Walau senyum tawa kita tidak kelihatan
Ku doakan kau mekar di taman
Diakari rasa berTuhan
Di hiasi akhlak dan iman
Sebuah perhubungan impian
Berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah

Wahai kekasih
Nasihatilah aku
Bawalah aku kejalan Allah
Perbetulkan kesilapanku
Bersabar denganku
Terimalah kekuranganku
Dan redhailah aku

Aku sayang kamu
Rindui lah aku, kita pasti bertemu
Saat kau mengigati-Nya , dan saat itu juga aku mengigati-Nya
Disitulah hati kita bertemu

Ya Allah ya Rabb
Kami telah menzalimi diri kami sendiri
Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi Rahmat kpd kami
Niscaya kami termasuk org2 yg merugi

Ya Allah, Tunjuki lah aku
Yakinkan aku
Permudahkan aku
Semoga Dia terbaik untukku
Agama dan duniaku

Aku sayang kamu
Ku akan sambut engkau datang,
ku yakin engkau menjemputku
Disitulah kitakan bertemu dan bersatu
Kerana ku yakin lafaz sakinah kau ikrarkan
Disaat izin berwali, ijab bersaksi

No comments: