"Ketika bertempur dengan seorang musuh beliau (Sayidina Ali r.a) boleh bunuh musuh, tapi tiba-tiba musuh ludah ke mukanya, ketika angkat pedang untuk tetak musuh tu tiba-tiba beliau berhenti lalu musuh bertanya, kenapa tak bunuh aku? beliau jawab,aku tak ingin bunuh mu kerana marah ku, Marah kerana kau meludah ke muka ku..., Berperang kerana agama adalah kebenaran tapi berperang kerana marah adalah kerana nafsu."
Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair
"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi."
Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".
Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qais, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.
Ubati dan didiklah hati dengan melakukan mujahadatun nafsi,memang sukar nak kikis semua itu, lebih-lebih lagi bagi diri yang lemah dan hina ini. "Ya Allah jaukan aku dari bisikan2 syaitan yang menampakkan sifat mazmumah di hati,Ya Allah tunjukilah aku jalan yang lurus (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat,agar tenang aku meneruskan perjalanan kembara ini menuju negeri-Mu yang abadi dan ku mohon Rahmat-Mu mengiringi sepanjang perjalanan kembara ini...amin"
No comments:
Post a Comment