Monday, January 11, 2010

Tunggu Teduh Dulu



Tunggu Teduh Dulu, sebelum ni aku tak berminat sangat tuk membaca novel, tapi Tunggu Teduh Dulu telah terpanggil untuk aku mendapatkan dan mengikuti apa yang ada disebalik Tunggu Teduh Dulu. Novel yang mengangkat martabat seorang wanita yang gigih berusaha walaupun banyak rintangan dan dugaan yang dihadapi. Walaupun badai hidup sentiasa melanda dalam hidupnya, Allah adalah tempat 'teduh' terbaik di sisinya. Salsabila Fahim ( nama yang indah ) merupakan seorang wanita yang berani, tabah, gigih berusaha dan taat kepada ibu bapa dan Allah.

( Semoga aku juga tergolong salah seorang dari wanita yang bijak mencari teduhan,dan sabar menunggu teduh berlalu...mensyukuri nikmat dan indahnya kelipan bintang dan terangnya bulan menghiasi dada malam,melihat dan menghitung indahnya warna pelangi selepas hujan,dan terangnya mentari menyinari di pagi hari. Itulah Maha Kuasa Engkau Teduhanku. ...Insyaallah )

Thursday, January 7, 2010

Teman Sejati



Sukarnya mencari kawan,sahabat,dan teman yang memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan diri yang mampu menemani dalam kembara ini. Betul la tak semua apa yang kita inginkan dalam hidup ini kita akan dapat dan miliki tapi bersyukurlah dan perlu hargai dengan nikmat dan apa yang kita dapat dan kecapi. Mungkin kawan,sahabat, dan teman itu sama dengan kita tapi tak serupa.Namun matlamat sama mencari cinta yang satu. Masihkah ada lagi teman yang sejati menemani kembara ini.


Kawan-Hijjaz

Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan


Dunia Yang Sepi-Hijjaz

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan