" Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya),nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."-Surah At-Talaq ayat 2-3-
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan Rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah untukku urusanku semuanya, dan janganlah ENGKAU serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata..Amiin Ya Rabbal Alamin.
Jika Allah menghendaki sesuatu tiada siapa yang dapat menghalang..
"Allah mendengar orang-orang yang memuji-Nya. Seisi langit dan bumi juga seisi sesuatu yang kelak Engkau kehendaki, ahli pujian yang harus diucapkan seorang hamba, dan kami semua adalah hamba-Mu, Ya Allah tidak ada siapa yang boleh menghalang apa yang Engkau berikan, tidak ada siapa yang dapat memberi apa yang Engkau tegah dan tiada siapa yang berkuasa memberikan manfaat selain daripada Mu"
-Bacaan Rasulullah S.A.W semasa I'tidal.Hadis sahih Riwayat Bukhari dan Riwayat Muslim.