Thursday, February 17, 2011

Dunia Yang Menipu

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."-Surah Al-Hadiid Ayat 20-

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."-Surah Al-Imran Ayat 14-

"Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya."-Surah Al-Imran Ayat 15-

"(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka." -Surah Al-Imran Ayat16-

"(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur."-Surah Al-Imran Ayat 17-

Friday, February 11, 2011

Aku Sayang Kamu


Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim yg telah tercurah stitik di hati

Aku sayang kamu
Aku tak ingin kerana aku mengheret kamu ke neraka
Aku sayang kamu
Aku tak ingin kerana aku menjauhkan kamu dengan DIA
Aku sayang kamu
Aku tak ingin kerana aku melalaikan kamu dengan angan2 entah kemana

Aku sayang kamu
Walau kita berjauhan
Walau mata kita tidak bertentangan
Walau senyum tawa kita tidak kelihatan
Ku doakan kau mekar di taman
Diakari rasa berTuhan
Di hiasi akhlak dan iman
Sebuah perhubungan impian
Berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah

Wahai kekasih
Nasihatilah aku
Bawalah aku kejalan Allah
Perbetulkan kesilapanku
Bersabar denganku
Terimalah kekuranganku
Dan redhailah aku

Aku sayang kamu
Rindui lah aku, kita pasti bertemu
Saat kau mengigati-Nya , dan saat itu juga aku mengigati-Nya
Disitulah hati kita bertemu

Ya Allah ya Rabb
Kami telah menzalimi diri kami sendiri
Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi Rahmat kpd kami
Niscaya kami termasuk org2 yg merugi

Ya Allah, Tunjuki lah aku
Yakinkan aku
Permudahkan aku
Semoga Dia terbaik untukku
Agama dan duniaku

Aku sayang kamu
Ku akan sambut engkau datang,
ku yakin engkau menjemputku
Disitulah kitakan bertemu dan bersatu
Kerana ku yakin lafaz sakinah kau ikrarkan
Disaat izin berwali, ijab bersaksi

Tuesday, February 8, 2011

Kalam Kembara

Bidadariku,

Bersabarlah, apa yang kau usahakan bkn menjadi milikmu, dan cita2 mu tak kesampaian sebenarnya engkau telah berjaya. yakinlah kau berada dilandasan benar, percayalah bidadariku semua orang berusaha untuk berjaya,tapi bukan semua orang yang berusaha itu berjaya, hanya orang yang buat usaha yang betul sahaja berjaya walaupun tidak berjaya.